Taska Hooray, telah ditubuhkan pada 22hb Ogos 1999. Di awal penubuhannya, kami hanya menerima pendaftaran bagi perkhidmatan penjagaan harian bayi dan kanak-kanak sahaja.
Oleh kerana sambutan yang menggalakkan dari pehak ibubapa, maka pada 01hb Mei 2002, kami telah berjaya melangkah setapak maju ke hadapan dengan membukakan pendaftaran bagi kelas nurseri. Alhamdulillah, pada awal pengenalan kelas tersebut kami mempunyai seramai 23 orang murid yang mendaftar bagi kelas tersebut.
berkat usaha yang gigih tanpa mengenal erti kepayahan dan tiada istilah putus asa, disepadukan lagi dengan sokongan dan galakan dari pehak ibubapa, yang sentiasa memberikan teguran yang membina dan bertindak sebagai obor yang sentiasa menyemarakkan semangat kami untuk terus bertahan dan maju tanpa rasa gentar untuk menghadapai sebarang dugaan dan cabaran, akhirnya kami kini mampu untuk tersenyum bangga dengan pengiktirafan kami sebagai salah sebuah taska yang berdaftar dan diluluskan oleh Kementerian pada 24hb April 2004 dengan rujukan kebenaran EH/457/2004, P/61, 661/04.
Rangkaian tenaga kami diketuai oleh seorang pentadbir yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan selama lebih 20 tahun.
Tenaga pengasuh kami adalah terdiri daripada orang tempatan kita sendiri. Mereka ini mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam pemedulian dan penjagaan kanak-kanak lebih dari 3 tahun. Mereka juga pernah menjalani latihan dan kursus di dalam bidang penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak.
PENJAGAAN HARIAN BAYI & KANAK-KANAK
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 1 tahun.
♥ PENJAGAAN SEHARI PENUH
♥ PENJAGAAN SETENGAH HARI
♥ PENJAGAAN SEMASA
Mereka akan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut umur masing-masing.
PROGRAM & AKTIVITI *PLAY GROUP*
Bagi kanak-kanak yang berumur 1 hingga 2 tahun.
Antara program dan aktiviti harian ialah:
[+] Mari bercerita
[+] Mari menyanyi bersama
[+] Diberi galakan supaya gemar kepada buku-buku
[+] Diperkenalkan kepada aktiviti melukis dan mewarna
[+] Didedahkan kepada aktiviti asas menulis dan mengira
PROGRAM & AKTIVITI PENDEDAHAN PRA NURSERI
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas.
Antara program dan aktiviti harian ialah:
[+] Asas mengenal Huruf Jawi (Huruf Alif - Ya)
[+] Asas mengenal Huruf RUMI(Huruf A - Z)
[+] Asas mengenal BENTUK mengikut gambar
[+] Asas mengenal NOMBOR(Nombor 1 - 20)
[+] Asas menghafal DOA-DOA harian
[+] Asas mengenal WARNA
BERITA TERKINI
ONLY FEW PLACES LEFT
_ Friday, December 19, 2008 ;
Hanya enam kanak-kanak sahaja dalam setiap program.
Pehak Pengurusan *
..:: left at 7:24 PM .
•
•
LOKASI
Lot 786, Simpang 51-17, Kg Rimba,
Gadong BE 3319
Ruang Tidur Bayi
Ruang Tidur Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun
Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.
Ruang Bermain
Ruang Mari Bercerita
Ruang Menulis & Membaca
Ruang Makan
Dapur
Bilik Pejabat
PERTANYAAN
Untuk keterangan lanjut, awda boleh hubungi Pegawai Pentadbir 2 di talian +673 7 116 926 atau emel ke alamat hoo.daycare@gmail.com
ATAU
Sila tinggalkan pertanyaan awda di dalam kotak pesanan. Pehak pengurusan taska akan respon secepat mungkin. Terima kasih.
Kindly leave your enquiries in the box below. We shall reply to it soonest possible. Thank you.
Credits
Layout:
aNgeL_Of_MemOrY [
email ]
Blog:
Blogger
Image Uploder:
Imageshack
Search Engine:
Google
For more
Blogskins *

© Copyright Reserved 2008 by Renise_
Click here if you wish to close my blog.